Seorang daripada empat mangsa maut dalam kemalangan ngeri yang membabitkan 11 kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh malam tadi merupakan pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang.
Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dengan kesemuanya menaiki Proton S70.
A post shared by KOPI DAN BUTTER CAKE KUANTAN (@secangkircafe)
Gambar sekeluarga di sambut Merdeka di Dataran Putrajaya jadi kenangan terakhir
Lebih memilukan, arwah sempat berkongsi gambar mereka sekeluarga menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, semalam.
Salah satu hantaran arwah disertakan gambar anak lelakinya yang dikenali sebagai Armaan ketika majlis sambutan semalam.
“Wait till you have kid when they say, Armaan happylah mummy hari ni, Armaan suka harini”,” tulisnya.
Status Instagramnya itu turut tular di media sosial selepas dikongsikan oleh rakan-rakan Allahyarhamah yang bersedih atas tragedi menimpa mereka sekeluarga.
Terdahulu, empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk bas ekspres, lori tangki, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta.
Menurut laporan, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) bagi mendapatkan rawatan dan bedah siasat dijalankan pagi ini.






