Nak masak nasi tomato untuk ramai orang tetapi hanya ada beras biasa di rumah? Resepi nasi tomato mudah ini boleh dicuba kerana tak perlu menggunakan beras basmati untuk mendapatkan nasi yang lembut dan cantik berderai.
Perkongsian Salbiah Ahamad di Facebook ini sesuai untuk hidangan sekitar 20 hingga 25 orang. Rahsianya cuma pada sukatan air yang tepat supaya nasi masak elok, tidak lembik dan cukup rasa.
1. Panaskan butter atau minyak sapi dalam periuk. Masukkan bawang merah bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun pandan.
2. Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan bahan rempah mengeluarkan bau yang harum.
3. Masukkan tomato puree dan tomato soup. Kacau hingga sebati dan masak sehingga campuran naik bau.
4. Tuangkan air bersama susu cair. Pastikan jumlah keseluruhan cecair mengikut sukatan yang diberikan.
5. Masukkan kiub ayam dan garam. Kacau rata kemudian rasa kuah. Kuah sebaiknya terasa sedikit masin supaya rasa nasi nanti cukup.
6. Masukkan beras ke dalam rice cooker yang telah disediakan.
7. Tuangkan kuah tadi ke dalam rice cooker dan kacau sedikit supaya beras terkena kuah secara sekata.
8. Masak seperti biasa sehingga nasi masak, kering dan berderai.
Menariknya, resipi ini membuktikan bahawa beras biasa pun boleh menghasilkan nasi tomato yang lembut dan berderai. Yang penting ialah sukatan air dan susu cair perlu tepat.
Kalau mahu masak untuk keluarga besar atau tetamu yang ramai, resipi ini memang boleh dijadikan pilihan. Hidangkan bersama ayam masak merah, acar timun atau lauk kegemaran untuk melengkapkan hidangan.







